PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA. BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA. MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU. WASIAT PALING PENTING DARIKU... IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

19 Ogos 2010

Syahrul Barakah...

Allhamdulillah, hari ini merupakan hari yang ke-9 kita menunaikan ibadah puasa. Terasa begitu pantas masa berlalu. Ramadhan kita lalui dengan penuh ketakwaan selaras dengan kewajipan kita sebagai hamba di muka bumi ini.

Sewajarnya kehadiran Ramadhan mampu memberi impak yang besar kepada kita, tapi seramai manakah yang mengharungi Ramadhan kali ini dengan tahap kaimanan yang tinggi. Ramai yang mampu berpuasa dengan menahan lapar serta dahaga dan dalam pada itu tetap meninggalkan amalan-amalan fardhu seperti solat lima waktu dengan sewenang-wenangnya.

Ramadhan kali ini juga memberikan kita peluang dan ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Alangkah ruginya jika segala hamparan-hamparan ganjaran yang terhidang tidak dapat kita rebut. Apakah kita mampu bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Lainlahh jika ada MOU dengan "Malaikat Maut" yang mana ajal kita dapat dilewat-lewatkan sehingga tarikh yang kita kehendaki.

Wasiatku :
"Aku mengharungi Ramadhan pada kali ini dengan penuh kesedaran di hati. Sampai bilakah kita sebagai seorang Islam boleh menerima Al-Quran sebagai pandauan hidup sebenar dan diletakkan di tempat yang tinggi dalam perundangan negara..."

28 Mei 2010

Budak Sekolah Pong Tau...


Budak sekolah pun tahu mereka memang spesis yang suka menyalahgunakan kemudahan sesuatu tempat. Acap kali kedengaran mereka melontarkan tohmahan hanya kepada pihak "Pakatan Rakyat". Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mereka rakus menggunakan sekolah, balai raya, masjid dan surau sebagai tempat untuk mengerakkan aktiviti mereka. Tapi bila orang lain menggunakan tempat-tempat tersebut mereka menentangnya habis-habisan...

Wasiatku:
Sedarlah segalanya akan terbongkar suatu hari nanti. Apabila yang busuk telah diketahui oleh rakyat jelata, pada masa itulah mereka akan dikapan, dikeranda, dan seterusnya ditanam ke dalam bumi...

27 Mei 2010

Dah Nak Naik Pulak...

Tiba-tiba keluar cerita bahawa benda ini akan naik. Naik ke mana agak-agaknya... Mungkin naik ke bulan kerana bulan semakin mengambang.

Kenaikan ini bakal menandakan bahawa suatu hari nanti perjuangan saban tahun akan tercapai. Bulan pastinya bersinar terang membawa panji-panji Islam sebagai suatu wadah kehidupan.

Rasanya biarlah benda ini naik agar rakyat Malaysia menjadi semakin cerdik dan jangan mudah di"baghal"kan oleh penguasa yang semakin hari semakin rakus untuk merompak harta rakyat.

Biarkan tinggal segelintir yang masih bodoh, masih menerima sesuatu penjelasan hingga gagal mengaktifkan kepala otak kurniaan Ilahi. Mereka ini akan terus-terusan menjadi pencacai sehinggalah nyawa tercabut daripada badan.

Naiklah cepat wahai sang minyak, agar rakyat Malaysia semakin meluat dengan pemimpin yang ada sekarang...

Wasiatku...
Sedarlah wahai pendokong perjuangan BN, hentikan sikap lama warisan penjajajah orang putih. Jadilah manusia yang lebih berwibawa...

03 Mac 2010

Rasa Semacam Ajer...

Apa sudah jadi dan apa pula yang bakal terjadi masih menjadi tanda tanya. Adakah benar berlaku kerapuhan dalam parti yang satu ini. Sejak awal lagi aku meragui kejujuran mereka dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan. Hati kecilku sering kali mendesak untuk menyatakan bahawa mereka juga berjuang untuk perut masing-masing. Jangan haraplah untuk mereka dalam perjuangan ini kerena mereka sebenarnya memang berasal daripada tong najis UMNO. Mereka seperti anjing-anjing liar yang tersepit dan memerlukan pertolongan. Apabila telah dilepaskan dan beroleh habuan kita pula digigitnya.

Memang bangkai bernyawa sama seperti penagih dadah yang merengkuk di Pusat Serenti.

04 Ogos 2009

Dasar Dajal Akhir Zaman



Tak habis-habis lagi kisah US dengan Iran dan Korea Utara nie. Perasaan hasad-dengki sememangnya menebal di sanubari dan pemikiran para pemimpin mereka. Jika marah disebabkan negara lain turut memiliki senjata nuklear, mereka sepatutnya pun tidak memiliki senjata tersebut.

Apakah kerana Iran merupakan sebuah negara Islam, mereka bimbang ancamannya terhadap sekutu tersayang iaitu Israel Laknatullah itu dijahanamkan suatu hari nanti oleh sebuah negara Islam. Sehinggakan terdesak sangat untuk mencipta bom yang mampu memusnahkan kubu bawah tanah.

Apakah mereka tidak terfikir bahawa mereka yang berlindung di dalam kubu tersebut adalah rakyat jelata dan bukannya bom nuklear tersebut.

Agak-agaknya mereka ni pun percayakan Al-Quran dan Hadis Rasullah. Kalau tak, takkanlah melakukan apa sahaja bagi melindungi bangsa yang tidak berguna itu.

Memang US dan Israel ni bangsa paling jahanam. Ada sahaja komplot mereka untuk menjahanamkan negara-negara Islam yang dilihat mempunyai kekuatan ketenteraan yang mantap.

22 Jun 2009

E-Mail Daripada Rakan Kepada Rakan....

Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim..... amin

Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allahiaitu hudud dll.
2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3.Mereka yang berdiam diri.
4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUMHUDUD ITUZALIM( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku

Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam.

Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu

ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 )AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com<http://www.thequran.com/ ( http://www.thequran .com/ )> (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu.

19 Jun 2009

LAWAK GILA BABI BETUL...

Rasa lawak juga apabila aku membaca laporan ini di laman web MStar. Apa pasallah yang disibukkan kisah rumahtangga orang lain. Sedangkan rumahtangga sendiri penuh dengan kacau-bilau dan porak-poranda. Biar lantaklah Tok Guru hendak kata apa... Nak suruh berhenti ke... Nak gantung ke... Dah parti demo.
Ekau jang, jagolah parti ekau baik-baik. Pulihkan kembali keyakinan rakyat biar macam-macam dulu semulo...
Jang, jang... ekau buek aku hilang mood nak cerito pasai komunih. Aku nak abiskan golak dulu, nanti-nantilah aku continue semulo...