PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

26 Mei 2009

PENIAGA ORANG KITA



Aku merasa terkilan dengan sikap segelintir peniaga Melayu yang suka mengambil kesempatan kepada para pelanggan. Paparan ini bukan berniat untuk meruntuhkan perniagaan tuan empunya perniagaan tetapi supaya menjadi ikhtibar kepada pengusaha terbabit agar tidak sewenang-wenangnya mengenakan harga yang melampau dan tidak masuk akal.

Kejadian ini berlaku semasa aku singgah di sebuah kedai makan yang berada di tepi jalan iaitu laluan antara Sekincan dan Sungai Besar. Kami telah singgah ke Medan Selera No.3 Sri Fendy. Antara menu yang dipesan ialah sup daging, mee segera berkuah (maggi mee), dan berbagai-bagai lagi. Air pun pelbagai seperti air buah, teh tarik dan nescafe tarik.


Setelah selesai menjamu selera, kakak ipar aku ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Agak terkejut juga apabila mendapati harga yang dikenakan agak tinggi dan melampau. Bayangkanlah semangkuk mee segera berkuah berharga RM7. Selepas menjelaskan pembayaran, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju memandangkan jam telah menunjukkan pukul 10 malam. Di sepanjang perjalanan, perasaan tidak puas hati terbuku didada kami. Benci dengan sikap peniaga berkenaan yang mengaut keuntungan dengan menggunakan cara yang paling keji.


Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang pernah mengalami kejadiaan berkenaan. Beberapa rakan turut menyatakan bahawa kedai makan berkenaan sememangnya mahal dan "cekik darah". Masing-masing melahirkan ketidakpuasan dan bersumpah tidak akan singgah ke kedai berkenaan serta lebih rela makan di kedai mamak.


Kepada tuan punya kedai makan Sri Fendy tersebut, berhentilah mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang singgah untuk menjamu selera semasa dalam perjalanan yang jauh. Kita sesama Melayu yang beragama Islam, seharusnya lebih berhati mulia, memikirkan keuntungan yang halal dan bukan sebaliknya. Jika sikap sebegini diamalkan tidak mustahil gerai anda akan menjadi tumpuan utama memandangkan kedudukannya yang strategik.

Janganlah hanya mengomel sinis menyatakan "Orang Melayu Tidak Mahu Menolong Orang Melayu". Perbaiki sikap, imej dan perkhidmatan dahulu supaya dapat menarik perhatian pengunjung.


11 Mei 2009

AKHIRNYA

YANG HAK TETAP HAK, YANG BATIL TETAP BATIL.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Aku malas untuk komen apa-apa cuma melahirkan rasa penuh syukur di atas kemenangan tersebut.

Berita Lanjut...(Ini berita betul-betul, bukannya cobaan. Faham !!!)