PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

19 Ogos 2010

Syahrul Barakah...

Allhamdulillah, hari ini merupakan hari yang ke-9 kita menunaikan ibadah puasa. Terasa begitu pantas masa berlalu. Ramadhan kita lalui dengan penuh ketakwaan selaras dengan kewajipan kita sebagai hamba di muka bumi ini.

Sewajarnya kehadiran Ramadhan mampu memberi impak yang besar kepada kita, tapi seramai manakah yang mengharungi Ramadhan kali ini dengan tahap kaimanan yang tinggi. Ramai yang mampu berpuasa dengan menahan lapar serta dahaga dan dalam pada itu tetap meninggalkan amalan-amalan fardhu seperti solat lima waktu dengan sewenang-wenangnya.

Ramadhan kali ini juga memberikan kita peluang dan ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Alangkah ruginya jika segala hamparan-hamparan ganjaran yang terhidang tidak dapat kita rebut. Apakah kita mampu bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Lainlahh jika ada MOU dengan "Malaikat Maut" yang mana ajal kita dapat dilewat-lewatkan sehingga tarikh yang kita kehendaki.

Wasiatku :
"Aku mengharungi Ramadhan pada kali ini dengan penuh kesedaran di hati. Sampai bilakah kita sebagai seorang Islam boleh menerima Al-Quran sebagai pandauan hidup sebenar dan diletakkan di tempat yang tinggi dalam perundangan negara..."