PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

28 Mei 2010

Budak Sekolah Pong Tau...


Budak sekolah pun tahu mereka memang spesis yang suka menyalahgunakan kemudahan sesuatu tempat. Acap kali kedengaran mereka melontarkan tohmahan hanya kepada pihak "Pakatan Rakyat". Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mereka rakus menggunakan sekolah, balai raya, masjid dan surau sebagai tempat untuk mengerakkan aktiviti mereka. Tapi bila orang lain menggunakan tempat-tempat tersebut mereka menentangnya habis-habisan...

Wasiatku:
Sedarlah segalanya akan terbongkar suatu hari nanti. Apabila yang busuk telah diketahui oleh rakyat jelata, pada masa itulah mereka akan dikapan, dikeranda, dan seterusnya ditanam ke dalam bumi...

27 Mei 2010

Dah Nak Naik Pulak...

Tiba-tiba keluar cerita bahawa benda ini akan naik. Naik ke mana agak-agaknya... Mungkin naik ke bulan kerana bulan semakin mengambang.

Kenaikan ini bakal menandakan bahawa suatu hari nanti perjuangan saban tahun akan tercapai. Bulan pastinya bersinar terang membawa panji-panji Islam sebagai suatu wadah kehidupan.

Rasanya biarlah benda ini naik agar rakyat Malaysia menjadi semakin cerdik dan jangan mudah di"baghal"kan oleh penguasa yang semakin hari semakin rakus untuk merompak harta rakyat.

Biarkan tinggal segelintir yang masih bodoh, masih menerima sesuatu penjelasan hingga gagal mengaktifkan kepala otak kurniaan Ilahi. Mereka ini akan terus-terusan menjadi pencacai sehinggalah nyawa tercabut daripada badan.

Naiklah cepat wahai sang minyak, agar rakyat Malaysia semakin meluat dengan pemimpin yang ada sekarang...

Wasiatku...
Sedarlah wahai pendokong perjuangan BN, hentikan sikap lama warisan penjajajah orang putih. Jadilah manusia yang lebih berwibawa...