PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

24 Februari 2009

KALAU SUDAH KEHENDAK ALLAH SWT

Apabila speaker DUN Perak menghantarkan permohonan agar piliharaya kecl diadakan di Perak disebabkan isu lompat-melompat "Si Katak", maka SPR mengatakan bahawa ikrar tersebut tidak sah. Pilihanraya Kecil tidak boleh diadakan.

Sehinggalah kepada isu rampasan kuasa di Perak berlaku dengan hak-hak rakyat diketepikan tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak dijangkakan.

Bermula dengan permergian ADUN Bukit Gantang yang dijemput oleh Allah SWT, disusuli pula dengan DUN Bukit Selambau, diikuti dengan kes ADUN Bukit Beruntung dan kini DUN Batang Ai pula menyusul. SPR yang pada mulanya menidakkan Pilihanraya Kecil tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Bermakna dalam suku tahun pertama, kita akan melihat 4 piliharaya kecil terpaksa dilaksanakan oleh SPR. Suatu keadaan yang mana akan merisaukan pihak BN kerana terpaksa bertarung di landasan demokrasi.

Hak rakyat akan bakal ditunai dan dijelmakan di piliharaya kecil kawasan-kawasan terbabit. Apakah suatu anjakan pradigma akan dapat dilihat? Bersama-samalah kita saksikan nanti.

Harapan yang ada cuma ingin melihat SPR berlaku adil dan tiada berlaku sebarang permainan silap mata yang bakal menguntungkan BN.

Sesungguhnya Allah melihat perbuatan kita walau pun bagaimana cara sekali pun. Sesuatu yang Hak akan menjelma dan yang Batil akan terhapus.

13 Februari 2009

7 APRIL

Dua Pilihanraya Kecil (PRK) akan iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April 2009. Tarikh keramat yang mana kuasa rakyat akan menentukan segala-galanya. Adakah rakyat akan berpihak kepada BN atau PR.

Tarikh berkenaan merupakan tarikh paling panjang yang pernah ditetapkan oleh SPR bagi sesuatu PRK. Secara dasarnya, sesuatu PRK akan dilakukan dalam jangka masa 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN atau Parlimen. Jadi SPR tidak melanggar peraturan dalam konteks PRK yang bakal dijalankan ini.

Tarikh penamaan calon pula pada 29 Mac dan calon mempunyai ruang masa selama 10 hari untuk berkempen bagi menarik perhatian pengundi agar memilih yang terbaik. Apa pun, diharapkan kempen akan berjalan dengan aman dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

SPR seolah-olah memberi keselesaan kepada BN kerana tarikh tersebut selepas daripada Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka pada 24 hingga 28 Mac. Maka akan berduyun-duyunlah para pencacai menyerbu ke dua kawasan berkenaan kerana banyak hidangan terbentang. PRK ini juga akan meguji sejauh mana kehebatan Najib yang dijangkan akan menjawat jawatan PM selepas Persidangan itu berlangsung.

Suatu lagi yang menjadi kemusykilan ialah hari PRK tersebut diadakan pada hari Selasa yang merupakan hari bekerja. Sudah pasti bagi para pengundi yang tinggal dan bekerja di tempat yang jauh akan mengalami kesukaran untuk mengundi kerana terpaksa mengambil cuti selama 2 atau 3 hari. Paling pasti ialah kebanyakkan pengundi-pengundi ini adalah pengundi generasi baru yang berselera untuk melihat perubahan berlaku.

Keputusannya hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Sesungguhnya perancangan manusia tidak mampu melawan kehendak Allah SWT. Terutamanya perancangan-perancangan yang zalim dan menzalimi.

08 Februari 2009

Penderhaka? Menderhaka?

Tercetusnya konflik di Perak menyebabkan istilah DERHAKA menjadi begitu popular. Dato' Nizar dianggap sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan sultan. Maka ramailah juak-juak dan para pengampu mengutarakan pendapat mereka.

Ada yang pro dan ada yang bersikap kontra. Terpulanglah kepada pendapat masing-masing untuk menjustifikasikan konsep "Derhaka" dalam kegawatan yang berlaku di Perak.

Dalam pada itu, "Aku" teringat akan kisah-kisah sejarah yang telah dipelajari sama ada di sekolah mahu pun di universiti. Sejak zaman kesultanan Melayu berbagai catatan menarik tentang penderhakaan telah berlaku. Paling mahsyur ialah kisah Hang Jebat yang menentang Sultan Melaka lantaran Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh.

Sehinggalah kedatangan penjajah ke bumi bertuah ini istilah "DERHAKA" terus digunakan. Penjajah Inggeris paling bijak dalam mempengaruhi sultan-sultan Melayu apabila berlaku sesuatu pemberontakan terhadap kerajaan Inggeris.

Ramai para pejuang Melayu dianggap penderhaka kepada sultan sedangkan mereka berjuang menentang campurtangan Inggeris di Tanah Melayu. Mat Kilau, Dato' Bahaman, dan Tuk Janggut dianggap sebagai penderhaka. Malah jasad Tuk Janggut yang syahid digantung dan dipamerkan kepada rakyat jelata bertujuan agar penderhakaan tidak berlaku lagi. Begitulah para pejuang yang menegakkan syariat Islam diperlakukan.

Keadah yang sama juga digunakan sekarang. Barangkali ada kebenarannya "Aliff Min Nun Wau" merupakan anak didik Inggeris. Maka sesuatu itu dimanupulasikan apabila sesuatu isu itu dicetuskan oleh kumpulan pembangkang. Konflik di Perak dan keengganan Dato' Nizar untuk melepaskan jawatan MB menyebabkan beliau digelar penderhaka. Jika hal yang demikian berlaku kepada MB BN, apakah gelaran yang sama akan diberikan atau sebaliknya???

PS : Paling menarik apabila seorang menteri wanita mengatakan Dato' Nizar sebagai seorang yang gila talak. Agak-agaknya fahamkah dia dengan istilah tersebut. Berkahwin pun tidak, bagaimanalah dia nie tahu pasal talak nie yer...

07 Februari 2009

PERANAN MEDIA DI MALAYSIA

Melihat kepada paparan yang di media-media pro kerajaan, tiada satu pun yang berusaha menjernihkan keadaan. Berita-berita yang disampaikan oleh pemberita-pemberita upahan seolah mahukan sesuatu peristiwa itu menjadi lebih teruk dan berlarutan. Tugas-tugas mereka melaga-lagakan Pakatan Rakyat dan memainkan sentimen seolah-olah rakyat Perak ingin benar-benar menderhaka kepada sultannya.

Persoalannya di sini ialah adakah meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati juga dianggap derhaka? Ke manakah perginya sikap keterbukaan yang sering dilaung-laungkan?

Sekalungan tahniah diucapkan kepada anda semua wahai pemberita-pemberita pro BN. Anda begitu bijak memanupulasikan sesuatu isu agar menjadi terlalu serius dan sukar dibendung lagi. Berita yang di sampaikan tidak jujur serta lebih kepada menjadikan rakyat "keliru minda".

Sebagai penonton yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT dengan akal fikiran, kita seharusnya berfikir dengan logik. Janganlah menerima bulat-bulat sesuatu berita yang disampaikan di media-media massa pro BN. Berfikir dengan "Mata Hati" akan menemukan kita dengan jawapan yang sebenarnya...

P/S : Wahai pemberita Pro BN, etika kewartawanan perlu dipelihara. Gaji yang diperolehi hasil memperbodohkan orang lain akan menyebabkan generasi anda sendiri menjadi lebih bodoh daripada mereka yang telah anda perbodohkan.

06 Februari 2009

PETANG 5 FEBRUARI

Petang 5 Februari,
Dibasahi dengan air hujan setelah sekian lama,
Suram,

Surau dan juga masjid,
Sentiasa menjadi saksi engkau melaksanakan tanggungjawab engkau,
Sentiasa menjadi titik pertemuan kami bersama engkau,

Sentiasa memberikan kami ilmu akhirat,
Sentiasa mendengar segala masalah rakyat,

Adakah hari Jumaat berikut,
Engkau berdiri sebagai pemimpin dan juga pendakwah lagi,

Selepas ini mungkin kita pasti sukar bersua muka,
Namun, harapan pasti ada,
Semoga engkau tabah menghadapi dugaan,
Inilah medan peperangan kita,
Ganjaran menanti mu di penghujung dunia.
Takbir!

Allah sentiasa di sisi orang yang tabah!

Ikhlas kepada Ir Nizar Jamaluddin

P/S : Nurkilan seorang rakan yang diemailkan kepada Sang Sapurba

ANGKAT SUMPAH ATAU DIMAKAN SUMPAH???

Khabarnya majlis angkat sumpah MB Perak yang baru iaitu Datuk Dr Zambry Abd Kadir dari Kerajaan Lompat telah pun selesai. Siap ada siaran langsung di kaca tv. Selepas ini giliran exco-exco pula yang akan mengangkat sumpah. Dijangka pada minggu hadapan selepas cuti Thaipusam. Punyalah gembira juak-juak dan pencacai pengangkut najis kerana kini hidangan telah berada kembali di hadapan mata. Kita sama-sama melihat apakan yang akan berlaku kepada mereka hari demi hari.

Dalam hati "aku" tertanya-tanya juga apakah mereka ini tidak malu memperolehi kekuasaan dengan cara yang paling hina begitu. Demokrasi ditelanjangi sedangkan mereka mendakwa mereka menyokong sistem demokrasi. Siap mendakwa bahawa demokrasi di Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Bila difikir-fikirkan sedalam-dalamnya itulah permainan "Aliff Min Nun Wau", bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Tak kiralah sama ada halal atau haram. Paling penting perut mesti kenyang. Nak mati pun lambat lagi.

Wasiat :
Tahniahlah kepada Dr Zambry. Dapat juga merasa jadi MB. Jangan dua-tiga hari sudahlah.Nanti lagi kuat "teriak"!!! Hari ini hari kita, esok lusa siapa yang tahu. Perancangan Allah melebihi segala-galanya. Doa orang teraniaya lebih makbul daripada doa orang yang menzalimi.
ALLAHUAKHBAR !!!

05 Februari 2009

BONEKA BARU

Siapakah pula yang akan dilantik sebagai MB Perak yang baru. Khabarnya Pak Lah telah pun tiba di Istana Kinta untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN. Adakah MB yang baru akan dikatakan sebagai boneka atau beliau pula yang akan dikatakan "bapak kepada bapak kepada boneka" ???

Aku baru lepas berbual dengan jiran. Dia seronok sangat sebab pemerintahan akan ditukar. Kata dia, "Elok sangatlah tu, baru dia tahu penangan bekerja dengan DAP, selama ini asyik ikut telunjuk DAP. Jadi eloklah berhenti ajer."

Yang aku nak tergelak tu, barangkali dia tak sedar bahawa DAP lah yang membantu BN untuk kembali menawan Perak. Akai tak der ker???

CERITA SEMAKIN SAMPAI KE PENGHUJUNG???

Apakah konflik yang berlaku di Perak akan berakhir? Hanya detik yang akan menentukan apa yang bakal berlaku. Segalanya kelihatan telah dirancang dengan rapi. Bermula dengan isu ADUN Bota melompat ke PKR, kisah 2 orang juak-juak PKR yang hilang entah ke mana, kemudian pulak tu kisah tetiba Si Nasa kembali menyertai BN dan kisah seorang lagi "baghal" yang tetiba ingin menjadi calon bebas merupakan episod-episod yang membawa kepada tertumbangnya kerajaan negeri PR.

Selepas ini kerajaan BN pula akan mentadbir negeri Perak. Maka banyaklah orang utan, monyet, cipan yang akan tersengih. Banyak projek akan dapat dikaut untuk mengisi ke kantung perut masing-masing. Ramailah haiwan-haiwan yang hampir untuk membaham mangsa dan menghidu kemewahan yang bakal terbentang di depan mata.

Perkara paling utama, rakyat berjaya dialihkan tumpuan. Kes Altantuya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam mendedahkan pelbagai misteri. Sebelum misteri tersebut dirungkaikan satu persatu, muncul pula konflik di Perak. Bagi seseorang individu yang terlibat, peristiwa ini merupakan suatu kelebihan kepada beliau.

RAMPAS KUASA

Teraju dan Si Peneraju semakin hampir dirampas dan digulingkan. Selepas ini, mereka akan berpesta merayakan kemenangan. Hampir setahun berada dalam pemerintahan PR. Segala usaha dilakukan untuk memancing YB-YB PR. Kini segalanya semakin hampir, tinggal menunggu detik untuk melihat peneraju baru pula.

Apakah kemenangan "pengecut" sebegini perlu dibangga-banggakan. Ke manakah hilangnya maruah dan harga diri. Menafikan konsep demokrasi walhal mereka mencanangkan merekalah makhluk yang mengamalkan demokrasi tulen.

Begitulah sejak saban tahun BN memperdaya dan mengelirukan rakyat. Seolah-olah sesuatu itu kelihatan tiada kestabilan jika bukan mereka yang memerintah. Rakyat digarapkan dengan pelbagai teori dan dakyah bahawa kerajaan yang ada sangat rapuh. Si Peneraju dikatakan boneka kepada juak-juak yang lain.

Bonekakah itu sekiranya Si Peneraju ditikam daripada belakang...???