PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

08 Februari 2009

Penderhaka? Menderhaka?

Tercetusnya konflik di Perak menyebabkan istilah DERHAKA menjadi begitu popular. Dato' Nizar dianggap sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan sultan. Maka ramailah juak-juak dan para pengampu mengutarakan pendapat mereka.

Ada yang pro dan ada yang bersikap kontra. Terpulanglah kepada pendapat masing-masing untuk menjustifikasikan konsep "Derhaka" dalam kegawatan yang berlaku di Perak.

Dalam pada itu, "Aku" teringat akan kisah-kisah sejarah yang telah dipelajari sama ada di sekolah mahu pun di universiti. Sejak zaman kesultanan Melayu berbagai catatan menarik tentang penderhakaan telah berlaku. Paling mahsyur ialah kisah Hang Jebat yang menentang Sultan Melaka lantaran Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh.

Sehinggalah kedatangan penjajah ke bumi bertuah ini istilah "DERHAKA" terus digunakan. Penjajah Inggeris paling bijak dalam mempengaruhi sultan-sultan Melayu apabila berlaku sesuatu pemberontakan terhadap kerajaan Inggeris.

Ramai para pejuang Melayu dianggap penderhaka kepada sultan sedangkan mereka berjuang menentang campurtangan Inggeris di Tanah Melayu. Mat Kilau, Dato' Bahaman, dan Tuk Janggut dianggap sebagai penderhaka. Malah jasad Tuk Janggut yang syahid digantung dan dipamerkan kepada rakyat jelata bertujuan agar penderhakaan tidak berlaku lagi. Begitulah para pejuang yang menegakkan syariat Islam diperlakukan.

Keadah yang sama juga digunakan sekarang. Barangkali ada kebenarannya "Aliff Min Nun Wau" merupakan anak didik Inggeris. Maka sesuatu itu dimanupulasikan apabila sesuatu isu itu dicetuskan oleh kumpulan pembangkang. Konflik di Perak dan keengganan Dato' Nizar untuk melepaskan jawatan MB menyebabkan beliau digelar penderhaka. Jika hal yang demikian berlaku kepada MB BN, apakah gelaran yang sama akan diberikan atau sebaliknya???

PS : Paling menarik apabila seorang menteri wanita mengatakan Dato' Nizar sebagai seorang yang gila talak. Agak-agaknya fahamkah dia dengan istilah tersebut. Berkahwin pun tidak, bagaimanalah dia nie tahu pasal talak nie yer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan