PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

22 Jun 2009

E-Mail Daripada Rakan Kepada Rakan....

Semoga anda di rahmati Allah dalam perkara saling ingat mengingati sesama muslim..... amin

Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allahiaitu hudud dll.
2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3.Mereka yang berdiam diri.
4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUMHUDUD ITUZALIM( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku

Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam.

Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu

ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 )AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com<http://www.thequran.com/ ( http://www.thequran .com/ )> (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu.

19 Jun 2009

LAWAK GILA BABI BETUL...

Rasa lawak juga apabila aku membaca laporan ini di laman web MStar. Apa pasallah yang disibukkan kisah rumahtangga orang lain. Sedangkan rumahtangga sendiri penuh dengan kacau-bilau dan porak-poranda. Biar lantaklah Tok Guru hendak kata apa... Nak suruh berhenti ke... Nak gantung ke... Dah parti demo.
Ekau jang, jagolah parti ekau baik-baik. Pulihkan kembali keyakinan rakyat biar macam-macam dulu semulo...
Jang, jang... ekau buek aku hilang mood nak cerito pasai komunih. Aku nak abiskan golak dulu, nanti-nantilah aku continue semulo...

17 Jun 2009

CHAPTER 2 - PKM

Idealogi Komunis di Tanah Melayu bermula sekitar tahun 1920-an. Pada tahun 1926 Liga Belia Komunis telah ditubuhkan di Singapura. Setelah perpecahan di antara KMT (Koumintang) dan PKC (Parti Komunis China) maka pada 1927 PKC telah menubuhkan Parti Komunis Nanyang yang beribu pejabat di Singapura.

6 April 1930 Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan secara rasmi. Pada masa itu semua urusan beribu pejabat di Singapura. Mereka kemudiannya telah menyebarkan dakyah-dakyah dan propaganda kepada golongan buruh dan petani.

Pada 6 Mac 1933, satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM telah mentapkan bahawa matlamat utama PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan seterusnya pembentukkan Republik Komunis Malaya.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada tahun 1941 dan berakhir pada tahun 1945 telah membuka dimensi baru kepada perjuangan PKM. Mereka dikenali sebagai MPAJA dan mendapat latihan dan persenjataan secara terus daripada Inggeris bagi menentang pihak Jepun.

Selepas kekalahan Jepun, MPAJA telah memerintah Tanah Melayu selama 2 minggu. Pada masa ini pelbagai kekejaman telah dilakukan. Mereka yang disyaki pro kepada pihak Jepun telah ditangkap, diseksa dan juga dibunuh. Pemerintahan tersebut berakhir dengan kedatangan semula pihak Inggeris di Tanah Melayu.

Persidangan Culcutta yang diadakan pada 18 dan 19 Februari 1948 telah menetapkan bahawa pemberontakan bersenjata perlu diadakan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis untuk membentuk sebuah negara republik.

PKM di bawah pimpinan Chin Peng menetapkan September 1948 sebagai tarikh keramat begi memulakan revolusi senjata. Namun sikap beberapa anggota yang kurang berdisiplin dalam mematuhi peraturan telah menyebabkan berlakunya kejadian pembunuhan 3 peladang Inggeris di Sungai Siput, Perak.

Ekoran daripada peristiwa tersebut darurat telah diisytiharkan pada 17 Jun 1948. PKM kemudiannya telah diharamkan pada 23 Julai 1948 setelah Undang-undang Darurat dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Inggeris.

16 Jun 2009

Chapter 1 - ISU CHIN PENG

Ekoran daripada isu beberapa pihak ingin membawa balik Chin Peng, maka media-media arus perdana sibuk memberikan laporan masing-masing. Sejarah darurat dan segala tindakan keganasan PKM (Parti Komunis Malaya) telah disingkap. Dokumentari juga dipaparkan agar rakyat kembali diingatkan perihal kemusnahan dan jenayah serta kesannya akibat darurat.

Pelbagai pendapat pro dan kontra diberikan oleh pelbagai individu tentang isu ini. Tindakan sesetengah pihak yang pro menganggap bahawa Cing Peng sewajarnya dibenarkan pulang. Alasan ialah Chin Peng dilahirkan dan berasal dari Malaysia. Dengan umur yang semakin lanjut, Chin Peng wajar dibenarkan pulang agar dapat menghabiskan sisa kehidupannya di sini.

Namun begitu usaha-usaha ini tetap disanggah dan ditentang oleh pelbagai pihak yang lain. Bekas-bekas perajurit yang pernah terlibat dalam kempen menentang isurgensi menentang sekeras-kerasnya kepulangan Chin Peng. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kecacatan kekal akibat diserang atau terkena jerangkap samar perbuatan pihak Komunis semasa bertugas. Sudah pastilah parut tersebut mendatangkan pengalaman paling tragis bagi mereka.

09 Jun 2009

MUZAKARAH UMNO-PAS

Kenapa baru sekarang mereka mahu bermuzakarah. Kenapa tidak dahulu lagi di saat mereka kemaruk dengan kekuasaan yang berada dalam genggaman.

Tidakkah mereka lupa bahawa pada suatu ketika dahulu PAS pernah membantu UMNO utnuk mengekalkan kekuasaannya selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei. Selepas itu, setelah kekuasan kembali stabil, PAS dilagakan dari dalam dan akhirnya dipinggirkan daripada pakatan UMNO.

Kini di saat UMNO semakin parah dengan berbagai barah yang melanda. Mereka berharap agar PAS mahu mengadakan muzakarah. Semuanya dilihat sebagai suatu strategi untuk UMNO menguatkan kembali kekuasaan dan pengaruhnya.

Aku mengharapkan agar muzakarah ini tidak dilaksanakan kerana impaknya kelak akan terpalit kepada PAS. UMNO hanya cuba menangguk bagi mengekalkan status quo yang dimiliki selama ini.

Paling utama PAS bersama-sama PAKATAN RAKYAT harus memberikan pukulan TKO agar UMNO dapat dikapan dan ditalkinkan. Jangan biarkan mereka bernyawa untuk terus memperbodoh dan mengula-gulakan rakyat.

Cukuplah setakat ini sahaja kemusnahan yang telah dilakukan oleh UMNO ke atas bumi tercinta ini. Telah banyak wang haram yang telah ditelan dan dilahap oleh pemimpin dan ahli UMNO demi membuncitkan perut mereka dengan berbagai projek yang tidak masuk akal.