PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

09 Jun 2009

MUZAKARAH UMNO-PAS

Kenapa baru sekarang mereka mahu bermuzakarah. Kenapa tidak dahulu lagi di saat mereka kemaruk dengan kekuasaan yang berada dalam genggaman.

Tidakkah mereka lupa bahawa pada suatu ketika dahulu PAS pernah membantu UMNO utnuk mengekalkan kekuasaannya selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei. Selepas itu, setelah kekuasan kembali stabil, PAS dilagakan dari dalam dan akhirnya dipinggirkan daripada pakatan UMNO.

Kini di saat UMNO semakin parah dengan berbagai barah yang melanda. Mereka berharap agar PAS mahu mengadakan muzakarah. Semuanya dilihat sebagai suatu strategi untuk UMNO menguatkan kembali kekuasaan dan pengaruhnya.

Aku mengharapkan agar muzakarah ini tidak dilaksanakan kerana impaknya kelak akan terpalit kepada PAS. UMNO hanya cuba menangguk bagi mengekalkan status quo yang dimiliki selama ini.

Paling utama PAS bersama-sama PAKATAN RAKYAT harus memberikan pukulan TKO agar UMNO dapat dikapan dan ditalkinkan. Jangan biarkan mereka bernyawa untuk terus memperbodoh dan mengula-gulakan rakyat.

Cukuplah setakat ini sahaja kemusnahan yang telah dilakukan oleh UMNO ke atas bumi tercinta ini. Telah banyak wang haram yang telah ditelan dan dilahap oleh pemimpin dan ahli UMNO demi membuncitkan perut mereka dengan berbagai projek yang tidak masuk akal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan