PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

19 Ogos 2010

Syahrul Barakah...

Allhamdulillah, hari ini merupakan hari yang ke-9 kita menunaikan ibadah puasa. Terasa begitu pantas masa berlalu. Ramadhan kita lalui dengan penuh ketakwaan selaras dengan kewajipan kita sebagai hamba di muka bumi ini.

Sewajarnya kehadiran Ramadhan mampu memberi impak yang besar kepada kita, tapi seramai manakah yang mengharungi Ramadhan kali ini dengan tahap kaimanan yang tinggi. Ramai yang mampu berpuasa dengan menahan lapar serta dahaga dan dalam pada itu tetap meninggalkan amalan-amalan fardhu seperti solat lima waktu dengan sewenang-wenangnya.

Ramadhan kali ini juga memberikan kita peluang dan ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Alangkah ruginya jika segala hamparan-hamparan ganjaran yang terhidang tidak dapat kita rebut. Apakah kita mampu bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Lainlahh jika ada MOU dengan "Malaikat Maut" yang mana ajal kita dapat dilewat-lewatkan sehingga tarikh yang kita kehendaki.

Wasiatku :
"Aku mengharungi Ramadhan pada kali ini dengan penuh kesedaran di hati. Sampai bilakah kita sebagai seorang Islam boleh menerima Al-Quran sebagai pandauan hidup sebenar dan diletakkan di tempat yang tinggi dalam perundangan negara..."

28 Mei 2010

Budak Sekolah Pong Tau...


Budak sekolah pun tahu mereka memang spesis yang suka menyalahgunakan kemudahan sesuatu tempat. Acap kali kedengaran mereka melontarkan tohmahan hanya kepada pihak "Pakatan Rakyat". Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mereka rakus menggunakan sekolah, balai raya, masjid dan surau sebagai tempat untuk mengerakkan aktiviti mereka. Tapi bila orang lain menggunakan tempat-tempat tersebut mereka menentangnya habis-habisan...

Wasiatku:
Sedarlah segalanya akan terbongkar suatu hari nanti. Apabila yang busuk telah diketahui oleh rakyat jelata, pada masa itulah mereka akan dikapan, dikeranda, dan seterusnya ditanam ke dalam bumi...

27 Mei 2010

Dah Nak Naik Pulak...

Tiba-tiba keluar cerita bahawa benda ini akan naik. Naik ke mana agak-agaknya... Mungkin naik ke bulan kerana bulan semakin mengambang.

Kenaikan ini bakal menandakan bahawa suatu hari nanti perjuangan saban tahun akan tercapai. Bulan pastinya bersinar terang membawa panji-panji Islam sebagai suatu wadah kehidupan.

Rasanya biarlah benda ini naik agar rakyat Malaysia menjadi semakin cerdik dan jangan mudah di"baghal"kan oleh penguasa yang semakin hari semakin rakus untuk merompak harta rakyat.

Biarkan tinggal segelintir yang masih bodoh, masih menerima sesuatu penjelasan hingga gagal mengaktifkan kepala otak kurniaan Ilahi. Mereka ini akan terus-terusan menjadi pencacai sehinggalah nyawa tercabut daripada badan.

Naiklah cepat wahai sang minyak, agar rakyat Malaysia semakin meluat dengan pemimpin yang ada sekarang...

Wasiatku...
Sedarlah wahai pendokong perjuangan BN, hentikan sikap lama warisan penjajajah orang putih. Jadilah manusia yang lebih berwibawa...

03 Mac 2010

Rasa Semacam Ajer...

Apa sudah jadi dan apa pula yang bakal terjadi masih menjadi tanda tanya. Adakah benar berlaku kerapuhan dalam parti yang satu ini. Sejak awal lagi aku meragui kejujuran mereka dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan. Hati kecilku sering kali mendesak untuk menyatakan bahawa mereka juga berjuang untuk perut masing-masing. Jangan haraplah untuk mereka dalam perjuangan ini kerena mereka sebenarnya memang berasal daripada tong najis UMNO. Mereka seperti anjing-anjing liar yang tersepit dan memerlukan pertolongan. Apabila telah dilepaskan dan beroleh habuan kita pula digigitnya.

Memang bangkai bernyawa sama seperti penagih dadah yang merengkuk di Pusat Serenti.