PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

28 Disember 2008

ZIONIS MENGGANAS

Bangsa yang paling dilaknat oleh Allah SWT di muka bumi ini mengganas lagi apabila melancarkan serangan demi serangan ke Semenanjung Gaza. Berita melaporkan sebanyak 100 tan bom telah digugurkan. Ramai yang telah menjadi korban termasuk orang awam. Hospital dan Masjid Gaza juga tidak terkecuali menjadi sasaram regim Zionis. Alasan mudah bagi menghalalkan cara oleh pihak Zionis ialah mereka menuduh pihak Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Sebagai balasannya, Zionis berhak menyerang balas. Unit-unit ifantri (tempur) telah diarahkan ke sempadan bagi menyerang pejuang-pejuang Hamas. PBB dilihat membisu seribu kata dan enggan melaksanakan sebarang resolusi bagi menghalang tindakan tidak berperikemanusiaan Israel. Jurucakap Rumah Putih menyatakan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat bersetuju dengan serangan tersebut dan mempertahankan sekutu kuatnya itu. Washington tidak menuntut agar pihak Israel menghentikan serangan sebaliknya mahu sasaran serangan ditujukan kepada orang awam.


Disebalik semua yang berlaku, apakah peranan OIC dan negara-negara Islam yang lain dalam menangani usaha ini. Ingin terus mendiam dan membatukan diri atau mendesak PBB dan US supaya bertindak ke atas regim Zionis. Sudah pasti jawapannya ialah bersikap membisu tanpa sebarang bicara dan hanya mampu menunggu sehingga Israel bertindak menghentikan serangan. Begitulah nasib yang menimpa umat Islam di penghujung zaman.


Berita lanjut :

27 Disember 2008

TREN SHUTTLE IPOH KE KUALA LUMPUR

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru pada bulan Disember ini. Perkhidmatan tersebut dikenali sebagai Tren Shuttle di antara Ipoh ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Ipoh. Tambang yang ditawarkan adalah sebanyak RM18 untuk kelas ke-2 dan RM10 untuk kelas ekonomi. Promosi yang paling menarik sepanjang bulan Disember ini ialah tambang RM1 yang dikhususkan kepada 100 penumpang pertama bagi setiap perjalanan. Tujuannya untuk memberi peluang kepada orang ramai menikmati perkhidmatan terbaru ini sempena musim cuti sekolah yang akan berakhir tidak lama lagi.

KTMB mewar-warkan di media-media masa mengenai tambang RM1 sebagai salah satu promosi mereka sempena perkhidmatan ini. Orang ramai sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sebagai suatu pengalaman baru sejajar dengan pemodenan yang diperkenalkan oleh pihak KTMB. Maklumlah perkhidmatan keretapi merupakan antara perkhidmatan tertua yang terdapat di negara kita ini. Apa yang dikesalkan ialah KTMB seolah-olah menipu para pelanggannya yang ingin mendapatkan tiket RM1 apabila tiket tersebut dikatakan telah habis dijual dan para pelanggan yang ingin ke Kuala Lumpur daripada Ipoh dan dikehendaki membeli tiket RM18 untuk kelas ke-2.

Tiket promosi RM1 dijual kepada pelanggan yang menaiki tren shuttle pada pada pukul 5.00 pagi dan tren shuttle pada pukul 9.00 malam sahaja. Di Ipoh semalam berlaku sedikit kekecohan di stesen keretapi besar apabila tiket RM1 dilaporkan telah habis dijual sebelum pukul 8.00 malam. Bagaimana hal demikian boleh terjadi? Sedangkan para pelanggan dibenarkan membeli tiket kira-kira sejam sebelumnya dan hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja. Menurut "Stesyen Master" yang bertugas pada 26 Disember iaitu Encik Salehuddin, beliau tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan terpaksa akur kepada arahan pihak atasan. Beliau mengatakan mendapat arahan agar penjualan untuk tiket promosi dihentikan memandangkan koc untuk kelas ke-2 masih kosong. Para pelanggan dikehandaki membeli tiket untuk koc tersebut agar KTMB tidak mengalami kerugian untuk perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Pihak KTMB sebenarnya menipu para pelanggannya dan berlindung di sebalik promosinya yang konon-kononnya hebat untuk menarik perhatian orang ramai. Rasanya jika atas alasan menanggung kerugian, tidak perlulah pihak KTMB mengadakan promosi tambang RM1. Adalah lebih baik sekiranya pihak KTMB hanya menyediakan tambang untuk kelas ekonomi dan kelas ke-2 sahaja. Apa yang menghairankan juga, pihak KTMB memperuntukkan sebanyak 2 koc untuk Kelas ke-2 dan 2 koc lagi untuk kelas ekonomi. Apabila tiket ntuk Kelas ke-2 tidak habis dijual, para pelanggan dipaksa membeli tikie untuk kelas tersebut bagi mengelakkan KTMB menanggung kerugian.

Bayangkanlah jika seseorang itu datang bersama-sama keluarganya daripada jauh dan di luar kawasan Ipoh untuk mendapatkan tiket RM1 yang sudah pasti merasa sangat kecewa apabila pihak stesyen keretapi Ipoh bertindak sedemikian. Tiket RM1 masih lagi ada tetapi dikatakan tiada kerana KTMB takut kerugian. Promosi apakah ini???

KTM OH KTM

Aku hendak bercerita tentang KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Satu-satunya syarikat keretapi yang dipertanggungjawabkan untuk mengerakkan operasi keretapi di Malaysia. Tapi di kala ini, perasaan amarahku teramat meluap-luap. Rasanya jika aku meneruskannya mungkin akan menjadi bisa-sebisa-bisanya. Biarlah aku meredakan kemarahan ini dulu agar aku dapat berfikir secara waras.

24 Disember 2008

2754580 ???

Ini bukannya angka bertuah tetapi merupakan kos yang terpaksa dijelaskan kepada Putrajaya Holdings untuk membayar sewa dan penyelenggaraan kedua-dua istana pemimpin negara iaitu Sri Perdana dan Sri Satria. Jumlah sebanyak RM27,545.80 bukannya untuk tempoh sebulan, tetapi merupakan dalam tempoh satu hari. Bayangkan berapa banyak pula kos tersebut dalam masa sebulan dan kemudiannya setahun. Suatu jumlah yang sangat besar untuk membayai kedua-dua kediaman yang dihuni oleh PM dan juga TPM. Angka ini dibentangkan di Dewan Rakyat apabila ditanya tentang perihal tersebut. Kita diseru dengan tabiat berjimat cermat sedangkan pihak pemerintah pula bersikap sebaliknya.


Bak kata Nabil. "Lu fikirlah sendiri !" Agak-agaknyalah mampukah kita berfikir secara waras...


Berita Lanjut di SIASAH

ANAK MELAYU BERAMBUT PERANG

"Aku" berjaya menangkap gambar budak Melayu ini semasa berada di sebuah taman permainan. Baru berusia 11 tahun dan pada tahun hadapan akan mengambil peperiksaan UPSR. Khabarnya baru berpindah mengikuti keluarganya ke rumah yang baru. "Aku" berminat mengambil gambar budak ini disebabkan rambutnya yang perang. Kata budak itu, memang sengaja diperangkan sebab cuti persekolahan.

Bila ditanya pulak tentang persekolahan pada tahun hadapan. Jawapannya, "Entah, tak tahu lagilah pakcik. Tunggu bapak carikan sekolah. Ada tu aderlah, tak der rehat jer dulu."

Fuh!!! Jawapan yang paling bernas "Aku" terima. Paling penting, biar rambut perang jangan hati pun turut perang. Kesian juga "Aku" pada generasi muda sekarang ini. Harapanku agar budak ini nanti menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya.

20 Disember 2008

PILIHANRAYA KECIL

Barisan Nasional telah mengumumkan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh sebagai calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari tahun hadapan. Manakala pihak PAS mungkin akan membuat pengumuman pada hari esok. Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas. Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan. Sudah pasti pertembungan akan menjadi sengit seandainya senario tersebut berlaku. Sebagai seorang warganegara Malaysia, "Aku" mengharapkan suatu pertandingan yang adil akan berlangsung. Tiada unsur-unsur penipuan terutamanya melibatkan pengundi hantu. Hal yang demikian penting agar demokrasi di Malaysia terus subur.

16 Disember 2008

PENCEROBOH DI BALING KASUT

"Aku" merasa seronok dan berpuas hati apabila melihat kejadian Bush (presiden US yang akan menamatkan tugasnya tidak lama lagi) telah dibaling dengan kasut. Mujur jugalah dia sempat mengelak, jika tidak sudah pasti hidungnya yang mancung akan "penyek-sepenyek-penyeknya". Bagiku tindakan wartawan berkenaan iaitu Muntadar al-Zeidi adalah salah satu bentuk tindakbalas terhadap apa yang telah dilakukan oleh Bush ke atas bumi Iraq dan Afghanistan. Dua negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Bush jugalah yang bertanggungjawab memburuk-burukkan imej Islam yang dikaitkan dengan "pengganas". Sewajarnya Bush menerima sesuatu yang lebih perit. Bush tidak layak menerima balingan kasut kerana dia sewajarnya menerima balingan bom yang boleh membawanya ke alam kubur. Agar dia dapat berehat di sana menerima azab kubur sehingga ke hari Kiamat.
Berita selanjutnya di sini :

12 Disember 2008

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

"Aku" tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Khatib semasa khutbah Jumaat tadi. Isi kandungannya menyentuh tentang pengharaman yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 2 perkara yang diharamkan ialah tentang pinkid dan yoga. Kedua-duanya dihukumkan haram diamalkan atau diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Apabila fatwa tersebut diwartakan, maka ramailah di antara mereka yang mengutarakan pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan fatwa tersebut ketinggalan zaman dan salah satu cara menyekat hak asasi manusia. Amalan-amalan seperti yoga menurut mereka tidak perlu diharamkan kerana ianya merupakan suatu senaman. Begitulah berbagai-bagai tafsiran dan pandangan berbeda dilemparkan akibat daripada kedua-dua fatwa tersebut.

Bagiku, Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai oleh para alim ulama yang telah diamanahkan untuk menjaga hak-hak umat Islam di Malaysia agar tidak melanggar syariat agama. Ulama adalah pewaris nabi. Menentang ulama bererti menentang nabi kerana apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersandarkan syariat Allah SWT dan para ulama meneruskan syariat tersebut dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari Kiamat. Jika tiada ulama yang mewarisi nabi, entah dimanalah pegangan kita sekarang. Kesimpulannya, apa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnyalah diikuti oleh kita atau kita berdepan dengan masalah akidah yang semakin menipis.

KISAH ARTIS PULA

Reda dengan kisah tanah runtuh, timbul pula kisah artis sensasi di Malaysia. Ada yang akan mendirikan rumah tangga dan ada pula yang berantakan. Jika sudah berkahwin, rasanya cerita pasal berantakan ini tidaklah memualkan sangat. Ini masih mentah, banyak lagi perkara yang boleh dilakukan selain daipada mengejar cinta. Mungkin juga di negara tercinta ini, kisah yang berkaitan dengan industri hiburan lebih dicanangkan. Sedangkan banyak lagi info-info yang boleh menjana modal insan dan pemantapan iman di kalangan remaja yang perlu diketengahkan. Media pula terlalu asyik mengejar keuntungan, walhal banyak lagi perkara yang boleh dilaporkan. Apakah etika kewartawanan di Malaysia semakin mereput atau adakah sengaja mereputkan diri demi memenuhi impian sesetengah pihak?

11 Disember 2008

ORANG KAYA OH ORANG KAYA

Orang kaya bila ditimpa musibah, sukar untuk bermuhasabah diri. Mereka lebih suka menyalahkan pihak lain daripada duduk bertenang sambil mentarbiah diri masing-masing. Pelbagai pihak dipersalahkan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehinggalah kepada anggota-anggota keselamatan. Tidakkah mereka terfikir bahawa pasukan anggota keselamatan ini telah mengorbankan masa dan waktu meraka. Berapa ramai anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan kerana memenuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Pihak berkuasa juga dipersalahkan kerana kelewatan membantu sehingga isteri salah seorang daripada mangsa-magsa runtuhan telah terkorban. Begitulah senarionya apabila duit mengatasi segalanya. Kejadian di Higland Tower yang berulang kembali di Bukit Antarabangsa membuktikan bahawa di negara yang tercinta ini wujud perbezaan layanan di antara golongan marhain dengan golongan atasan. Berita dan bantuan-bantuan terhadap penduduk di Pantai Timur yang terlibat dalam bencana banjir langsung diketepikan kerana sibuk melayan kemusnahan yang dialami oleh orang-orang kaya. Meluat betul aku dengan senario yang menjengkelkan ini...

10 Disember 2008

BILA ORANG-ORANG KAYA DITIMPA BENCANA

Bukan niat untuk mentertawakan musibah yang menimpa mereka di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur cuma agak geli-geleman melihat telatah sesetengah mangsa yang suka menyalahkan pihak-pihak lain atas apa yang telah berlaku. Ada yang cuba mengemukakan saman untuk menuntut ganti rugi, ada pula yang menyalahkan pihak berkuasa kerana enggan mengangkut barang-barang mereka untuk diselamatkan. Begitulah keadaannya apabila mereka (orang-orang kaya) ditimpa malapetaka. Agaknyalah kalau orang-orang miskin yang ditimpa masalah, sanggupkah mereka bertungkus-lumus dan bersengkang-mata untuk menghulurkan bantuan. Rupa-rupanya semakin berharta seseorang semakin kuatlah keegoannya. Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang bencana akibat perbuatan mereka yang berharta yang menganggap bahawa duit adalah segalanya dan mengenepikan Allah dalam urusan seharian.

05 Disember 2008

APABILA NUR ILAHI DATANG BERTANDANG 1

Senarai bekas-bekas paderi yang telah memeluk Islam :

  1. Yusuf Estes, bekas penceramah Kristian dan ahli perniagaan.
  2. Abdulah M al-Faruque atau Kenneth L Jenkins, bekas paderi Gereja Pentecostal.
  3. Dr. Gerald F Dirks (Abu Yahya), bekas paderi Gereja United Methodist, sarjana bidang ketuhanan Universiti Harvard dan PhD dari Universiri Denver.
  4. Sister Khatijah Su Watson, bekas paderi dan profesor di bidang ketuhanan.
  5. Ibrahim Khalil Ahmed atau Ibrahim Khalil Philobus, bekas paderi Coptic dan pendakwah Kristian.
  6. Martin Jon Mwaipopo, bekas Ketua Bishop Lutheran.
  7. Raphael Narbaez, bekas paderi Jehobah Witness.
  8. George Anthony, bekas paderi Khatolik.
  9. Dr. Gary Miller atau Abdul Ahad Omar, pakar matematik dan bekas mubaligh Kristian.
  10. Paderi David Benjamin Keldani atau Abdul Ahad Dawud.
  11. Muhammad Aman Hobohm, diplomat, pendakwah Kristian dan pekerja sosial.
  12. Ketua Biskop Viachislav Polosin.

APABILA NUR ILAHI DATANG BERTANDANG

Pada pagi Jumaat yang mulia iaitu penghulu segala hari, "Hamba" mengambil kesempatan berehat di rumah setelah kebelakangan ini sibuk dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian. Bersarapan bersama isteri dengan secangkir kopi "Gano" dan berapa keping roti yang dicicah dengan gulai asam pedas terasa begitu menyelerakan. Sambil-sambil itu, menatap dua akhbar iaitu "Harian Metro" dan "Harakah". Tiada apa-apa yang menarik di HM melainkan cerita sensasi para artis, baik isu percerian mahupun isu pergaduhan. Pasangan kekasih bergaduh pun boleh menjadi tajuk utama. Hairan bin ajaib sungguh. Geli hati pun ada... Agak-agaknya akhabr arus perdana di negara tercinta ini lebih memikirkan kepada keuntungan semata-mata dan megenepikan tanggungjawab sosial.

"Hamba" kemudiannya mengalihkan perhatian dengan menatap akhbar "Harakah". Sehelai demi sehelai akhbar tersebut ditatap dan dibaca. Perhatian tertumpu kepada satu artikel "Ramai Bekas Paderi Peluk Islam". Menyelinap dijiwa perasaan kagum dengan kebesaran kekuasaan Allah SWT. Jiwa-jiwa yang keras dapat dilunak dan dilembutkan ke arah mencintai Islam yang dijadikan panduan hidup. Apa yang menariknya, kebanyakan bekas-bekas paderi ini memeluk Islam setelah membaca dan mengkaji Al-Quran. Mereka mendapati bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang terhasil bukan daripada rekaan manusia. Ianya juga tidak boleh dicabar kesahihan serta keunggulannya, jauh sekali jika menganggapnya sebagai kitab dongeng. Setelah memeluk Islam, mereka kini berusaha keras dalam menjalankan dakwah mengembangkan Islam.

Bersambung...

04 Disember 2008

AWAL KATA PEMBUKA BICARA

Terdetik untuk berbicara, menyatakan sesuatu, mengutarakan pandangan apabila melihat Melayu semakin hanyut...

Hanyut dibuai keindahan dan keseronokan yang tiada penghujungnya selagi hayat dikandung badan.

Cuma apabila Malaikat Maut datang menyapa, barulah diri tergugat, memohon keampunan walhal pintu taubat sudah pun tertutup...

Melayu semakin hilang hala tuju...

Semakin hilang jati diri...

Semakin lama, semakin layu...

Dan...

Adakah Melayu ku akan terus sebegitu sehingga ke penghujung dunia.

PERTAMA MULA

Sembah sumbang patik persembahkan. Tanda permulaan pembuka bicara ....

Assalamualaikum kepada semua...