PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

05 Disember 2008

APABILA NUR ILAHI DATANG BERTANDANG

Pada pagi Jumaat yang mulia iaitu penghulu segala hari, "Hamba" mengambil kesempatan berehat di rumah setelah kebelakangan ini sibuk dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian. Bersarapan bersama isteri dengan secangkir kopi "Gano" dan berapa keping roti yang dicicah dengan gulai asam pedas terasa begitu menyelerakan. Sambil-sambil itu, menatap dua akhbar iaitu "Harian Metro" dan "Harakah". Tiada apa-apa yang menarik di HM melainkan cerita sensasi para artis, baik isu percerian mahupun isu pergaduhan. Pasangan kekasih bergaduh pun boleh menjadi tajuk utama. Hairan bin ajaib sungguh. Geli hati pun ada... Agak-agaknya akhabr arus perdana di negara tercinta ini lebih memikirkan kepada keuntungan semata-mata dan megenepikan tanggungjawab sosial.

"Hamba" kemudiannya mengalihkan perhatian dengan menatap akhbar "Harakah". Sehelai demi sehelai akhbar tersebut ditatap dan dibaca. Perhatian tertumpu kepada satu artikel "Ramai Bekas Paderi Peluk Islam". Menyelinap dijiwa perasaan kagum dengan kebesaran kekuasaan Allah SWT. Jiwa-jiwa yang keras dapat dilunak dan dilembutkan ke arah mencintai Islam yang dijadikan panduan hidup. Apa yang menariknya, kebanyakan bekas-bekas paderi ini memeluk Islam setelah membaca dan mengkaji Al-Quran. Mereka mendapati bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang terhasil bukan daripada rekaan manusia. Ianya juga tidak boleh dicabar kesahihan serta keunggulannya, jauh sekali jika menganggapnya sebagai kitab dongeng. Setelah memeluk Islam, mereka kini berusaha keras dalam menjalankan dakwah mengembangkan Islam.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan