PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

11 Disember 2008

ORANG KAYA OH ORANG KAYA

Orang kaya bila ditimpa musibah, sukar untuk bermuhasabah diri. Mereka lebih suka menyalahkan pihak lain daripada duduk bertenang sambil mentarbiah diri masing-masing. Pelbagai pihak dipersalahkan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehinggalah kepada anggota-anggota keselamatan. Tidakkah mereka terfikir bahawa pasukan anggota keselamatan ini telah mengorbankan masa dan waktu meraka. Berapa ramai anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan kerana memenuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Pihak berkuasa juga dipersalahkan kerana kelewatan membantu sehingga isteri salah seorang daripada mangsa-magsa runtuhan telah terkorban. Begitulah senarionya apabila duit mengatasi segalanya. Kejadian di Higland Tower yang berulang kembali di Bukit Antarabangsa membuktikan bahawa di negara yang tercinta ini wujud perbezaan layanan di antara golongan marhain dengan golongan atasan. Berita dan bantuan-bantuan terhadap penduduk di Pantai Timur yang terlibat dalam bencana banjir langsung diketepikan kerana sibuk melayan kemusnahan yang dialami oleh orang-orang kaya. Meluat betul aku dengan senario yang menjengkelkan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan