PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

12 Disember 2008

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

"Aku" tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Khatib semasa khutbah Jumaat tadi. Isi kandungannya menyentuh tentang pengharaman yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 2 perkara yang diharamkan ialah tentang pinkid dan yoga. Kedua-duanya dihukumkan haram diamalkan atau diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Apabila fatwa tersebut diwartakan, maka ramailah di antara mereka yang mengutarakan pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan fatwa tersebut ketinggalan zaman dan salah satu cara menyekat hak asasi manusia. Amalan-amalan seperti yoga menurut mereka tidak perlu diharamkan kerana ianya merupakan suatu senaman. Begitulah berbagai-bagai tafsiran dan pandangan berbeda dilemparkan akibat daripada kedua-dua fatwa tersebut.

Bagiku, Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai oleh para alim ulama yang telah diamanahkan untuk menjaga hak-hak umat Islam di Malaysia agar tidak melanggar syariat agama. Ulama adalah pewaris nabi. Menentang ulama bererti menentang nabi kerana apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersandarkan syariat Allah SWT dan para ulama meneruskan syariat tersebut dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari Kiamat. Jika tiada ulama yang mewarisi nabi, entah dimanalah pegangan kita sekarang. Kesimpulannya, apa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnyalah diikuti oleh kita atau kita berdepan dengan masalah akidah yang semakin menipis.

1 ulasan:

  1. masalahnya yang teman rasa la
    mengapa nak fatwakan benda yang memang hukumnya haram

    nak beno jahil nya kita...

    memang dah termaktub haram bagi yang perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.

    mengapa nak fatwakan benda yang dah memang haram? diulang dengan izin, (fuh macam dalam dewan rakyat pulak)

    sebagai contoh tak kan nak fatwakan orang islam wajib berpuasa di bulan ramadhan kecuali jika ada keuzuran?

    itu yang teman rasa serba tak kena. malu pun ada kat rakan beragama lain sebab nampak beno orang islam di malaysia tidak tahu hukum hakam.

    berkenaan dengan yoga kena le paham apa yang difatwakan. yoga berunsur kan spiritual HARAM. yoga as senaman TAK PA. ini yang teman paham.

    kalo main pukui rata je mengatakan yoga tu haram payah la.

    Tae kwan do dan muay thai ada unsur spiritualnya. mengapa tidak diharamkan sekali.

    yang best nya sultan sebagai tampuk pemerintahan islam pula mensyaratkan segala fatwa mesti mendapat kebenaran deme.

    sekadar pendapat seringgit dua puluh lima sen

    BalasPadam