PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

27 Disember 2008

TREN SHUTTLE IPOH KE KUALA LUMPUR

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru pada bulan Disember ini. Perkhidmatan tersebut dikenali sebagai Tren Shuttle di antara Ipoh ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Ipoh. Tambang yang ditawarkan adalah sebanyak RM18 untuk kelas ke-2 dan RM10 untuk kelas ekonomi. Promosi yang paling menarik sepanjang bulan Disember ini ialah tambang RM1 yang dikhususkan kepada 100 penumpang pertama bagi setiap perjalanan. Tujuannya untuk memberi peluang kepada orang ramai menikmati perkhidmatan terbaru ini sempena musim cuti sekolah yang akan berakhir tidak lama lagi.

KTMB mewar-warkan di media-media masa mengenai tambang RM1 sebagai salah satu promosi mereka sempena perkhidmatan ini. Orang ramai sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sebagai suatu pengalaman baru sejajar dengan pemodenan yang diperkenalkan oleh pihak KTMB. Maklumlah perkhidmatan keretapi merupakan antara perkhidmatan tertua yang terdapat di negara kita ini. Apa yang dikesalkan ialah KTMB seolah-olah menipu para pelanggannya yang ingin mendapatkan tiket RM1 apabila tiket tersebut dikatakan telah habis dijual dan para pelanggan yang ingin ke Kuala Lumpur daripada Ipoh dan dikehendaki membeli tiket RM18 untuk kelas ke-2.

Tiket promosi RM1 dijual kepada pelanggan yang menaiki tren shuttle pada pada pukul 5.00 pagi dan tren shuttle pada pukul 9.00 malam sahaja. Di Ipoh semalam berlaku sedikit kekecohan di stesen keretapi besar apabila tiket RM1 dilaporkan telah habis dijual sebelum pukul 8.00 malam. Bagaimana hal demikian boleh terjadi? Sedangkan para pelanggan dibenarkan membeli tiket kira-kira sejam sebelumnya dan hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja. Menurut "Stesyen Master" yang bertugas pada 26 Disember iaitu Encik Salehuddin, beliau tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan terpaksa akur kepada arahan pihak atasan. Beliau mengatakan mendapat arahan agar penjualan untuk tiket promosi dihentikan memandangkan koc untuk kelas ke-2 masih kosong. Para pelanggan dikehandaki membeli tiket untuk koc tersebut agar KTMB tidak mengalami kerugian untuk perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Pihak KTMB sebenarnya menipu para pelanggannya dan berlindung di sebalik promosinya yang konon-kononnya hebat untuk menarik perhatian orang ramai. Rasanya jika atas alasan menanggung kerugian, tidak perlulah pihak KTMB mengadakan promosi tambang RM1. Adalah lebih baik sekiranya pihak KTMB hanya menyediakan tambang untuk kelas ekonomi dan kelas ke-2 sahaja. Apa yang menghairankan juga, pihak KTMB memperuntukkan sebanyak 2 koc untuk Kelas ke-2 dan 2 koc lagi untuk kelas ekonomi. Apabila tiket ntuk Kelas ke-2 tidak habis dijual, para pelanggan dipaksa membeli tikie untuk kelas tersebut bagi mengelakkan KTMB menanggung kerugian.

Bayangkanlah jika seseorang itu datang bersama-sama keluarganya daripada jauh dan di luar kawasan Ipoh untuk mendapatkan tiket RM1 yang sudah pasti merasa sangat kecewa apabila pihak stesyen keretapi Ipoh bertindak sedemikian. Tiket RM1 masih lagi ada tetapi dikatakan tiada kerana KTMB takut kerugian. Promosi apakah ini???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan