PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

16 Jun 2009

Chapter 1 - ISU CHIN PENG

Ekoran daripada isu beberapa pihak ingin membawa balik Chin Peng, maka media-media arus perdana sibuk memberikan laporan masing-masing. Sejarah darurat dan segala tindakan keganasan PKM (Parti Komunis Malaya) telah disingkap. Dokumentari juga dipaparkan agar rakyat kembali diingatkan perihal kemusnahan dan jenayah serta kesannya akibat darurat.

Pelbagai pendapat pro dan kontra diberikan oleh pelbagai individu tentang isu ini. Tindakan sesetengah pihak yang pro menganggap bahawa Cing Peng sewajarnya dibenarkan pulang. Alasan ialah Chin Peng dilahirkan dan berasal dari Malaysia. Dengan umur yang semakin lanjut, Chin Peng wajar dibenarkan pulang agar dapat menghabiskan sisa kehidupannya di sini.

Namun begitu usaha-usaha ini tetap disanggah dan ditentang oleh pelbagai pihak yang lain. Bekas-bekas perajurit yang pernah terlibat dalam kempen menentang isurgensi menentang sekeras-kerasnya kepulangan Chin Peng. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kecacatan kekal akibat diserang atau terkena jerangkap samar perbuatan pihak Komunis semasa bertugas. Sudah pastilah parut tersebut mendatangkan pengalaman paling tragis bagi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan