PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

17 Jun 2009

CHAPTER 2 - PKM

Idealogi Komunis di Tanah Melayu bermula sekitar tahun 1920-an. Pada tahun 1926 Liga Belia Komunis telah ditubuhkan di Singapura. Setelah perpecahan di antara KMT (Koumintang) dan PKC (Parti Komunis China) maka pada 1927 PKC telah menubuhkan Parti Komunis Nanyang yang beribu pejabat di Singapura.

6 April 1930 Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan secara rasmi. Pada masa itu semua urusan beribu pejabat di Singapura. Mereka kemudiannya telah menyebarkan dakyah-dakyah dan propaganda kepada golongan buruh dan petani.

Pada 6 Mac 1933, satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM telah mentapkan bahawa matlamat utama PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan seterusnya pembentukkan Republik Komunis Malaya.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada tahun 1941 dan berakhir pada tahun 1945 telah membuka dimensi baru kepada perjuangan PKM. Mereka dikenali sebagai MPAJA dan mendapat latihan dan persenjataan secara terus daripada Inggeris bagi menentang pihak Jepun.

Selepas kekalahan Jepun, MPAJA telah memerintah Tanah Melayu selama 2 minggu. Pada masa ini pelbagai kekejaman telah dilakukan. Mereka yang disyaki pro kepada pihak Jepun telah ditangkap, diseksa dan juga dibunuh. Pemerintahan tersebut berakhir dengan kedatangan semula pihak Inggeris di Tanah Melayu.

Persidangan Culcutta yang diadakan pada 18 dan 19 Februari 1948 telah menetapkan bahawa pemberontakan bersenjata perlu diadakan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis untuk membentuk sebuah negara republik.

PKM di bawah pimpinan Chin Peng menetapkan September 1948 sebagai tarikh keramat begi memulakan revolusi senjata. Namun sikap beberapa anggota yang kurang berdisiplin dalam mematuhi peraturan telah menyebabkan berlakunya kejadian pembunuhan 3 peladang Inggeris di Sungai Siput, Perak.

Ekoran daripada peristiwa tersebut darurat telah diisytiharkan pada 17 Jun 1948. PKM kemudiannya telah diharamkan pada 23 Julai 1948 setelah Undang-undang Darurat dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan