Cadangan penyatuan Umno, PAS
Perwakilan Umno Kelantan, Mohd Zain Yasim menggesa kepimpinan tertinggi Umno dan PAS supaya jangan memandang enteng cadangan penyatuan kedua-kedua parti orang Melayu itu.
Beliau berkata, ia perlu dipandang serius demi survival orang Melayu.
"Kalau tidak buat begitu, kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa," katanya.
"Saya harap pihak kepimpinan tidak menolak mentah-mentah cadangan penyatuan Umno-PAS ini."
P/S : Boleh percayake idea ini? Dulu PAS pernah bersama UMNO atau semangat perpaduan Melayu. Tapi setelah UMNO kukuh semula, PAS ditendang dan diketepikan. Sekarang UMNO ajak bersatu pula, nanti bila sudah kukuh...???
Buang masa, buang air liur... Sepatutnya UMNO memikirkan cara terbaik untuk menarik minat orang Melayu. Perjuanglah atas nama ISLAM dan bukan kerana material.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan