PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

22 Mac 2009

PR CARI PUBLISITI MURAHAN???

Dr. Mohamad Khir Toyo apabila diwawancara oleh akhbar "Sinar" edisi Ahad; 22 Mac 2009, menyatakan bahawa perbuatan Pakatan Rakyat (PR) menjual serpihan "Tugu Demokrasi" sebagai suatu perbuatan tidak bermoral. Selain itu katanya lagi, PR hanya mencari publisiti murahan dalam usaha untuk meraih simpati rakyat khususnya di Perak.  Beliau juga menasihati agar PR menerima hakikat kehilangan majoriti dua per tiga di DUN dan mengentikan kontroversi yang sengaja dibuat-buat.
 
Jika dibaca artikel ini seterusnya, memang meluat dibuatnya. Beliau bercakap pasal moral tetapi adakah beliau sedar bahawa dalam UMNO sendiri banyak berlakunya perbuatan tidak bermoral. Rampasan kuasa di Perak dengan melompatnya "para katak", adakah diketegorikan sebagai bermoral? PR juga dinasihatkan agar menerima kehilangan majoriti di Perak, sedangkan beliau sendiri kehilatan masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan jawatan MB di Selangor. Adakah orang macam ini wajar diikuti nasihatnya. Ibarat jari telunjuk menunding ke hadapan sedangkan 4 jari lagi teguh menunding kepada diri sendiri.
 
Rupa-rupanya masih "aku" tidak menyedari bahawa "aku" banyak melakukan kesalahan yang menjengkelkan.


What can you do with the new Windows Live? Find out

Tiada ulasan:

Catat Ulasan