PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

07 Januari 2009

ANTARA MENGERJAKAN DAN MENDIRIKAN SOLAT

"Aku" tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Al-Hafiz di Perak FM. Ceramah yang dirakam di Masjid Taman Jati itu benar-benar menarik perhatian. Rupa-rupanya ada perbezaan di antara mengerjakan dan mendirikan solat. Selama ini mungkin kita menyangka tiada perbezaan di antara keduanya. Solat berperanan sebagai pelindung kepada kita melakukan perkara-perkara mungkar. Tapi adakah ianya berperanan sekiranya solat itu tidak dihayati oleh kita.

Seorang yang mengerjakan solat sedangkan jiwanya tidak menghayati solatnya belum tentu akan menghindari dirinya daripada melakukan maksiat dan dosa. Hal yang demikian kerana solat itu tidak sebati dengan dirinya. Fikirannya menerewang entah ke mana sewaktu mendirikan solat. Hanya fizikalnya sahaja yang berdiri di atas sejadah, sedangkan jiwanya berada di tempat-tempat lain. Mengenangkan hal-hal dunia yang tiada kesudahannya.

Berbeza dengan seseorang yang mendirikan solat. Jiwa dan fizikalnya sebati menjadi satu menghadap Allah SWT. Dia akan bersedia sebelum mendirikan solat. Seperti mana seseorang yang akan menghadiri upacara khas seperti menghadap sultan atau pembesar-pembesar negara. Segala persiapan dilakukan lebih awal, penampilan diri dijaga sejak dari awal. Sedangkan apabila menghadap Allah SWT, terdapat di kalangan kita yang bersolat hanya dengan berkain pelikat tanpa berbaju. Atau terdapat yang hanya bersinglet sahaja.

Seseorang yang mendirikan solat juga memastikan jiwa dan dirinya khusyuk kepada Allah SWT. Fikiranya juga dipusatkan hanya kepada Allah sehingga ke akhir solat. Jika demikian barulah solat tersebut mampu menjadi pendinding kepada diri daripada terjerumus ke lembah yang hina. Generasi baru juga harus digalakkan untuk mendirikan solat agar segala permasalahan yang berlaku dewasa ini dapat dikurangkan.

P/S : Ceramah agama yang disiarkan di Perak FM disiarkan setiap hari pada jam 1.30 dan 6.30 petang. Selain itu boleh didengari juga di website Perak FM. Bersama-samalah kita mengambil peluang bagi menambahkan ilmu agar diri kita semakin bertakwa kepada Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan