Sekumpulan remaja berusia dalam lingkungan 14 dan 16 tahun telah bertindak keterlaluan dengan membelasah seorang anggota polis berpangkat koperal. Malahan mereka juga telah melarikan pistol milik anggota terbabit. Mangsa yang cedara parah telah menerima lima jahitan di belakang kepala dan tubuh badannya. Mereka bertindak berani mengepung anggota polis terbabit dan seterusnya memukul mangsa dengan menggunakan besi dan topi keledar.
Terfikir sejenak di minda, mengapakah anggota polis tersebut sanggup pergi bersendirian sedangkan beliau seharusnya terlebih dahulu mendapatkan bantuan daripada anggota-anggota lain. Atau... Mengapa pula pihak atasan beliau membenarkan anggota terbabit menyelesaikan kes berkenaan seorang diri. Atau... Mungkin juga, beliau menjangkakan tugasan tersebut terlalu mudah kerana hanya berhadapan dengan penjenayah remaja. Atau mungkin juga ramai polis telah dikerahkan ke Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu...
Pelbagai kemungkinan dan andaian yang boleh dibuat...
Terpulanglah kepada presepsi masing-masing, yang nyata penjenayah semakin berani walau pun masih remaja
Berita Lanjut...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan