PROLOG

BLOG INI "AKU' HASILKAN UNTUK MENGUTARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TERHADAP APA YANG BERLAKU DI SEKELILING. ADALAH LEBIH BAIK "AKU" MENTERJEMAHKAN SESUATU MELALUI TULISAN AGAR SENANG DAN BEBAS BAGIKU UNTUK MENYATAKAN PENDAPATKU. BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG TAPI ANGGAPLAH KATA-KATAKU SEBAGAI UBAT PELEGA KESAKITAN. PAHIT NAMUN MAMPU MENGUBATI PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERSARANG DALAM JIWA.

BAGI YANG TIDAK MENGEMARINYA "AKU" NASIHATKAN AGAR BEREDAR DARIPADA BLOG INI DAN KEPADA YANG BERMINAT DIPERSILAKAN UNTUK MEMBACA ISI KANDUNGANNYA. SESUATU ITU PERLU DITERIMA DENGAN PANDANGAN YANG TERBUKA.

MUNGKIN PANDANGAN KALIAN AGAK BERBEZA NAMUN AKU TETAP MENGHORMATI PANDANGAN KALIAN. "AKU" JUGA BERSEDIA UNTUK BERKONGSI PENDAPAT KALIAN WALAU PUN BERBEZA DENGANKU.

WASIAT PALING PENTING DARIKU...

IZINKAN AKU MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM, AGAR JIWAKU TIDAK SENTIASA BERGOLAK. BIAR DAN RELAKANLAH MELAYU INI TERUS BERNYAWA !!!

02 Januari 2009

Israel Terus Biadap

Regim Zionis terus menceroboh bumi Palestin. Dianggarkan hampir 300 nyawa telah melayang. Kebanyakkannya golongan kanak-kanak, wanita dan warg tua yang tidak terdaya. Kepimpinan Ehud Olmert terang-terangan menyalahkan Hamas. Mereka mendakwa Hamas melanggar pelan gencatan senjata. Sebagai balasannya rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan ketidakperikemanusiaan tentera Israel. Amerika Syarikat turut sependapat dengan sekutu kuat mereka ini, manakala PBB terus membisu, bingung memikirkan apakah tindakan yang paling sesuai untuk dikenakan ke atas Israel Laknatullah...


Di saat Palestin dilanda gelora, masyarakat kita semakin tidak menghiraukan apa yang terjadi di Palestin. Perasaan ukhuwah sesama umat Islam semakin lemah dalam jiwa kita. Tiada sebarang bantahan yang disuarakan oleh kepimpinan negara melainkan menumpukan perhatian kepada kemeriahan sambutan tahun baru 2009. Barisan pemimpin negara ternganga melihat percikan bunga api di langit. Bayangkanlah jika itu adalah letupan bom, agak-agaknyalah di mana mereka sekarang ?

1 ulasan:

  1. apa yg menyedihkan palestin dikelilingi negara2 islam...tetapi tidak dapat bantuan pertolongan tuk membebaskan diri dari israel...

    BalasPadam